Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2026

Perodua QV-E: EV untuk netizen?

View belakang yang buruk QV-E adalah agenda nasional. Mengapa bisnes syarikat menjadi agenda negara, aku kurang pasti. Sejak 2 tahun lepas, umum diberitahu ini bukan EV biasa. Ini EV yang akan mengubah mindset pemilikan EV untuk rakyat Malaysia. Ia akan menoktahkan semua kerisauan netizen: resale value, hayat bateri, dan design pelik EV China. Ironiknya, P2 tidak melibatkan netizen sebelum memilih nama QVE. Sebutan Quevee ini bukan nama perisa Malaysia. Sejak diluncurkan pada 1 Dec 2025, P2 masih belum berkongi jumlah booking. P2 juga belum beritahu kita semua bila serahan pada pembeli akan bermula. Ini suatu hal pelik. Selain skim sewaan bateri (BaaS) yang menggemparkan negara, ada banyak ciri unik QVE yang menjadikan EV ni special: 1.       Pertama kali P2 menghasilkan kereta bukan untuk kelas bawahan. Sasaran utama ialah T20 dan M40 atasan. 2.       Showroom yang menjual QVE terhad hanya 9 sahaja diseluruh negara. Bermaksud ada pr...