Skip to main content

Posts

Mari kenal kenderaan HYBRID

  Teknologi hybrid diperkenalkan dengan beberapa tujuan; penjimatan bahan api, kawalan pelepasan asap (emission), dan juga sebagai pemangkinan kepada elektrikasi sepenuhnya (Bateri EV). Dalam konteks industri auto di Malaysia, hybrid Toyota dan Honda adalah antara yang paling awal ditawarkan dan menerima sambutan yang baik. Bagi gambaran keseluruhan, ada 4 kategori utama   HYBRID 1.       Hybrid Ringan – Mild Hybrid (MHEV) Bateri 48V dan motor kecil membantu operasi henti-gerak kenderaan dan pecutan ringan. Tenaga dari regen braking disimpan oleh bateri 48V untuk memberi penggunaan bahan api lebih efisien terutama dalam pemanduan bandar, namun MHEV tiada fungsi gerak elektrik sepenuhnya. Contoh model MHEV dalam pasaran Malaysia; Proton X90, Suzuki Fronx, Volvo XC60 B5.   2.       Hybrid Penuh – Full Hybrid (HEV) Mempunyai bateri lebih besar dan mampu berfungsi dalam pilihan elektrik sepenuhnya untuk jarak terha...
Recent posts

ALPINA : Kelajuan dalam ketenangan

  1979 BMW Alpina B6 2.8 Tuner BMW paling glamour ialah Divisyen M, yang terkenal memberikan talaan prestasi seumpama jentera trak lumba – kuasa tulen, pemanduan tepat dan engine high revving. Berbanding Divisyen M, ALPINA menawarkan sesuatu yang berbeza – kelajuan tinggi yang memerlukan usaha minimum dalam suasana mewah dan effortless. Dalam analogi mudah, M membina ‘kereta lumba jalanan’, manakala ALPINA ‘membina penjelajah untuk Autobahn’. ALPINA bukan bermula dari kereta, sebaliknya dari dual-Weber carburetor talaan Burkard Bovensiepen untuk BMW 1500 sedan pada tahun 1962. Rekaan ini memberikan prestasi tambahan sekitar 15%. Sejak itu Burkard membina jenama ALPINA sebagai juru-tala premier BMW. Mulai 1970-an, ALPINA mula membina kenderaan prestasi BMW dan pada 1983, ALPINA disahkan oleh Kerajaan Jerman sebagai pembina kenderaan dengan kelayakan mengeluarkan VIN sendiri. Kelayakkan ini menjadikan ALPINA berbeza dengan ‘tuner-tuner’ yang lain contohnya AMG bagi Mercedes. Fa...

Apakah GHIA untuk FORD?

  Dikebanyakkan model lama FORD ada terdapat logo kecil GHIA.  Apa itu GHIA? GHIA atau nama panjangnya Carrozzeria Ghia SpA  (Syarikat Pembuat Badan Kereta Ghia) adalah rumah rekebentuk dan pembuat badan kereta terkenal di Itali. Ditubuhkan pada 1921 oleh Giacinto Ghia dan Gariglio sebagai Carrozeria Ghia & Gariglio. Pada permulaan (1920-an) GHIA terkenal dengan pembuatan badan kereta aluminum yang ringan. Era 50-an dan 60-an menyaksikan GHIA sebagai nama paling berpengaruh dengan gaya Itali yang mempengaruhi trend rekaan global. GHIA menerima banyak tempahan dari pembuat kereta, antara yang terkenal Ford-Lincoln Futura Konsep, VW Karmann GHIA, VOLVO P1800. VOLVO P1800 Volkswagen Karmann GHIA 1970 sebahagian saham GHIA dijual pada FORD. Mulai 1973 nama GHIA menjadi jenama varian tertinggi model arus perdana FORD. Trend in bermula di Eropah kemudian diikuti di AS. Antara rekebentuk model yang menerima sentuhan GHIA ialah, Capri GHIA (1974) dan Escort Mark II (1975). FO...

Perodua QV-E: EV untuk netizen?

View belakang yang buruk QV-E adalah agenda nasional. Mengapa bisnes syarikat menjadi agenda negara, aku kurang pasti. Sejak 2 tahun lepas, umum diberitahu ini bukan EV biasa. Ini EV yang akan mengubah mindset pemilikan EV untuk rakyat Malaysia. Ia akan menoktahkan semua kerisauan netizen: resale value, hayat bateri, dan design pelik EV China. Ironiknya, P2 tidak melibatkan netizen sebelum memilih nama QVE. Sebutan Quevee ini bukan nama perisa Malaysia. Sejak diluncurkan pada 1 Dec 2025, P2 masih belum berkongi jumlah booking. P2 juga belum beritahu kita semua bila serahan pada pembeli akan bermula. Ini suatu hal pelik. Selain skim sewaan bateri (BaaS) yang menggemparkan negara, ada banyak ciri unik QVE yang menjadikan EV ni special: 1.       Pertama kali P2 menghasilkan kereta bukan untuk kelas bawahan. Sasaran utama ialah T20 dan M40 atasan. 2.       Showroom yang menjual QVE terhad hanya 9 sahaja diseluruh negara. Bermaksud ada pr...