Teknologi hybrid diperkenalkan dengan beberapa tujuan; penjimatan bahan api, kawalan pelepasan asap (emission), dan juga sebagai pemangkinan kepada elektrikasi sepenuhnya (Bateri EV). Dalam konteks industri auto di Malaysia, hybrid Toyota dan Honda adalah antara yang paling awal ditawarkan dan menerima sambutan yang baik.
Bagi gambaran keseluruhan, ada 4 kategori utama HYBRID
1.
Hybrid Ringan – Mild Hybrid (MHEV)
Bateri 48V dan
motor kecil membantu operasi henti-gerak kenderaan dan pecutan ringan. Tenaga
dari regen braking disimpan oleh bateri 48V untuk memberi penggunaan bahan api
lebih efisien terutama dalam pemanduan bandar, namun MHEV tiada fungsi gerak
elektrik sepenuhnya.
Contoh model
MHEV dalam pasaran Malaysia; Proton X90, Suzuki Fronx, Volvo XC60 B5.
2.
Hybrid Penuh – Full Hybrid (HEV)
Mempunyai bateri
lebih besar dan mampu berfungsi dalam pilihan elektrik sepenuhnya untuk jarak terhad.
Lazimnya, kapasiti bateri antara 0.6kwH hingga 2.4 kwH dan dicas semasa kereta
dipandu oleh enjin dan regen braking. Secara anggaran, HEV memberikan penjimatan
bahan api antara 20-50% berbanding model petrol sepenuhnya.
Contoh model HEV
di Malaysia: Toyota-Prius, Corolla Cross, Vios dan varian RS dari Honda – City,
Civic, HRV, CRV, dan Cherry Tiggo.
3.
Hybrid Palam Masuk – Plug-in Hybrid (PHEV)
Berbanding HEV,
PHEV mempunyai bateri jauh lebih besar. Sebagai contoh Proton e.Mas 7 PHEV
mempunyai bateri bersaiz 30kwH yang mampu memberi jarak gerak elektrik
sepenuhnya menjangkau lebih 150km. Bateri ini boleh dicaj dari tenaga elektrik
luaran seperti BEV. Tenaga dari enjin
atau bateri boleh menggerakkan kereta secara berasingan, atau gabungan. Untuk tawaran
optimum, enjin kitaran Atkinson dipilih untuk padanan bersama bateri, tetapi ada
juga pembuat yang memilih enjin pengecas turbo untuk prestasi yang lebih memenuhi
selera pemandu. Sejak pembuat dari China mula memberikan perhatian pada PHEV,
kita dapat lihat lebih banyak model mampu milik mula memasuki pasaran Malaysia.
Contoh model PHEV dibawah julat RM 200 ribu:
Proton e.Mas7 PHEV, Chey Tiggo 7 PHEV, Jaecoo J7 PHEV.
4.
Hybrid Jarak Lanjutan – Rang-Extended Hybrid
(REEV)
Kenderaan REEV
digerakkan sepenuhnya oleh elektrik. Enjin kenderaan berfungsi sebagai penjana
elektrik untuk mengecas bateri yang akan menggerakkan motor. Karekter pemanduan
amat hampir dengan BEV namun tanpa ada had jarak. Hanya isi minyak dan jalan. Kuasa
dan tork seperti BEV namun pemandu tidak perlu mengubah habit amat menyamai BEV
manakala enjin akan beroperasi dalam beban tetap sebagai penjana bateri.
Di Malaysia, REEV ditawarkan
oleh Nissan melalui teknologi dinamakan e-Power (Kicks, Serena).
Comments
Post a Comment